top of page


QUANTUM SUCCESS PROGRAM

KUASA MINDA & MANIPULASI AURA



TELEGRAM/WHATSAPP
013-796 1253
011-4054 6996
Anda suka membaca Kisah-Kisah dan Pengalaman, Tips-Tips Menarik dan Terkini atau Teknik-Teknik yang boleh diaplikasikan sendiri?
​
Ikuti Blog Master Zarif Nordin secara PERCUMA!
Info Kelas QSP?
Klik Sini




Otak manusia adalah sangat unik dan menarik dan sering menjadi kajian manusia dari zaman berzaman. Otak manusia ibarat sebuah komputer yang Super Power.
​
Menurut ahli kaji minda lagi bahawa kebanyakan manusia hanya menggunakan 10% daripada mindanya malahan yang berbaki 90% lagi masih terpendam dan Tidak digunakan langsung. Minda itu memang telah ada semulajadi lagi pada manusia.
​
Apa yang dikatakan sebagai Kuasa Minda adalah bagaimana kita dapat memaksimumkan kepenggunaan Otak kita bagi memacu Tubuh & Jiwa kepada satu Tujuan.
​
Pelbagai aplikasi di seluruh dunia yang berusaha memaksimumkan Kuasa Minda seperti Keilmuwan Hipnosis, Keilmuwan NLP dan Keilmuwan Quantum, semuanya berkisar bagaimana kita dapat menggunakan keupayaan sebenar Otak kita dalam menuju kepada keperibadian yang Success.
​
Otak terbahagi kepada 2 bahagian UTAMA iaitu:
​
1. Otak Kiri
2. Otak Kanan
​
Di setiap belahan otak ini terdapat kefungsian yang saling memerlukan diantara satu dengan yang lain malah ianya apabila dapat diselaraskan diantara keduanya, Fikiran yang Terbaik mampu dicapai dalam kelangsungan kehidupan ini.
​
Ingin menguasai dan mengetahui bagaimana Kuasa Minda ini dapat dijana dan seterusnya membangkitkan kebolehan-kebolehan Luar Biasa untuk Ksihatan, Keharmonian, Kehebatan, Kekayaan & Kecemerlangan?
Melalui Kajian demi Kajian oleh Pihak Research Kami terhadap kebolehan Kuasa minda Manusia, maka Kami telah menemui suatu Kaedah yang sangat Menarik & Berkesan untuk Mengaktifkan keseluruhan Fungsi Otak seterusnya membangkitkan Kebolehan Super Otak Manusia kepada Maximum.
​
Minda Sedar, Minda Bawah Sedar dan Minda Super Sedar adalah 3 jenis Peringkat Minda yang akan digunakan sebagai platform untuk memecutkan Kuasa Minda anda.
​
Peringkat peringkat fungsi minda menurut ahli kaji minda
1)Peringkat sedar(conscious level)
2)Peringkat bawah sedar yang mengawal badan (subconscious body level)
3)Peringkat ingatan (memory level)
4)Peringkat kuasa kreatif (creatif power level)
5)Peringkat kuasa menyembuhkan (healing power level)
6)Peringkat intuisi (Intuitive level)
7)Peringkat kesedaran semesta raya (Cosmic conscious level)
​
Sekarang marilah kita gunakan kuasa atau tenaga minda yang 90% lagi itu yang selama ini tidak kita gunakan lantaran kita tidak sedar
kewujudannya atau tidak tahu menimbulkan dan membangunkan tenaga yang hebat itu. Cara-cara atau teknik yang Kami gunakan untuk menimbulkan tenaga ini tidak bercanggah dengan pegangan dan Kepercayaan anda, bahkan akan memberi keupayaan untuk hidup dalam dunia ini dengan lebih baik lagi dan menikmati kehidupan yang lebih selesa dan berjaya.
Cara ini membawa anda masuk ke lautan minda anda dan kemudian ditunjukkan kepada anda bagaimana membangun dan menimbulkan kuasa minda itu agar ia bekerja untuk anda.
Berabad-abad lamanya telah diketahui umum bahawa setiap manusia mengeluarkan aura mereka sendiri. aura ini adalah satu bentuk halus radiasi, bercahaya sekitar seseorang yang mampu mengubah warna, saiz dan bentuknya berhubung dengan Zahir, Emosi & Pemikiran diri kita.
Ianya Hasil letusan Tenaga pada diri yang wujud dalam pelbagai peringkat sama ada Fizikal, emosi & Spiritual.
Aura merupakan biasan kepada tenaga tubuh yang mengalir melalui 3 Medan Tenaga Tubuh dan dapat pula dimanfaatkan untuk pelbagai Tujuan dan Matlamat.
Aura mempunyai warna-warna yang tertentu dan lapisan-lapisan yang merembes di sekitar tubuh dan ianya dapat pula memberikan gambaran tentang Emosi dan Kesihatan seseorang.
Aura tertentu juga boleh menjadi petunjuk pertama bahawa kita menghidap penyakit tertentu. Terdapat secara semulajadi manusia lebih mudah untuk melihat aura daripada yang lain secara semulajadi, atau dengan latihan khas dan disiplin dan akhirnya sesetengah orang dapat 'tune' ke dalam aura mereka sendiri atau aura orang lain. Contoh yang mampu menyebabkan Aura menjadi cemerlang dan Gemilang ialah apabila seseorang bercakap tentang suatu berita gembira seperti kehamilan atau orang-orang yang baru sahaja jatuh didalam percintaan mampu memberikan suatu persona Aura yang sungguh Cemerlang, atau seseorang yang mempunyai bakat tertentu atau sedang bersemangat tinggi.
Semua keadaan ini adalah merupakan kesemarakkan Aura itu tadi dan dapat kita manipulasikan ianya kepada apa sahaja kehendak yang kita ingin.
​
Berminat untuk Belajar memanipulasikan aura?
bottom of page